Wednesday, March 19, 2008

Teori Personaliti

Matlamat
Dilihat dari pelbagai sudut pendekatan.Pembentukan teori dipengaruhi oleh kehidupan pelopornya dan cara kajian dilakukan nya .Konsep-konsep yang berbeza mencerminkan keberlainan ini.Walaupun demikian sebagai satu teori ianya perlu mengikuti beberapa syarat pembentukan teori supaya ianya menjadi tekal dan dapat dikaji. Personaliti Kursus ini akan membicarakan persoalan personlaiti seperti dalam rangka kursus edaran. Secara umumnya sejarah pelopor teori pandangan terhadap manusia ,struktur ,berkembang,dan sumbangan serta limitasi.

Sebagai ingatan sebelum kita menerokai apakah dia personaliti ,perlulah kita awasi iaitu kita tidak akan menjumpa satu teori personaliti yang sebenar .Yang akan kita temui nanti ialah banyak teori personaliti,berdasar kan orientasi ,pendekatan ataupun dalam bahasa harian kita ialah mengikuti selera masing-masing. Istilah Personaliti boleh diibaratkan sebagai istilah nasi . Pengertian kita terhadap nasi adalah berlaianan mengikut budaya sendiri.
MISAL Orang Penange kalau disebut nasi yang nampak digambarkan nya ialah `nasi kandar' Orang Kelantan mungkin yang tergambar ialah `nasi kerabu' dengan ulam ,tumis ,ikan goreng ,dan keropok dan tentu sekali penyedap selera ialah budu. Orang India yang nampak dalam ingatan nya adalah `nasi daun pisang' dengan longgokan nasi yang menimbun ,sayuran dan kari ayam serta pampadum. Orang Cina juga tidak ketinggalan dengan nasi ayam nya. Dan begitulah pula dengan tafsiran nasi.

Begitulah perbandingan yang telah dibuat .Apabila menyebut personaliti masing-masing mempunyai tafsiran tersendiri.Tidak akan adanya mempunyai tersendiri mengikut pegangan orientasi tersendiri. Tidak ada hanya satu tafsiran tersendiri bagi personaliti.Yang perlu kita ingat apabila kita membicarakan tentang teori ialah ia mempunyai kompenon-kompenon dan ciri utama tertentu.

Samalah dengan pelbagai nasi tadi .kalau kita makan nasi beriani tentu ada ramuan-ramuan serta bahan tertentu yang dicampur dan diadunkan menyebabkan kita gelar dia nasi beraiani .Begitu juga teori personaliti. Kalau lihat teori personaliti psikoanalisa tentu sekali ada kompenon-kompenon tertentu yang menyebabakan dia digelar teori personaliti psikoanalisa.

No comments: