Sunday, March 16, 2008

Bidang Psikologi

BAB 1: BIDANG ILMU PSIKOLOGI

0. PENDAHULUAN:
Dalam perkembangannya psikologi menjelajah berbagai macam dimensi, dari mulai kajian pada proses-proses mental kejiwaan manusia, menganalisis perilaku manusia yang tampak, proses pembelajaran, dan hingga kepada kajian-kajian perhubungan spiritual pada diri manusia. Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.

1. DEFINISI PSIKOLOGI
Menurut Koleksi rujukan (2006) mendefinisikan Psikologi sebagai 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; 3. bp kebijaksanaan memahami sifat manusia.
Perkataan ‘Psikologi’ berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna ‘Ilmu Jiwa’. Sir William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai ‘sains kehidupan mental’. John B. Watson (1919) pula memasukkan unsur-unsur tingkahlaku yang berbentuk objektif, iaitu yang boleh dikesan oleh sistem ‘deria manusia’. Phil Zimbardo (1992) mendefinisikan psikologi sebagai ‘kajian terhadap proses tingkahlaku dan mental’.
2. MATLAMAT PSYKOLOGI
Secara ringkasnya, matlamat psikologi ialah memperihalkan, memahami, meramalkan dan mengawal tingkah laku manusia.

3. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PSIKOLOGI
Psikologi adalah ilmu yang tergolong muda (sekitar akhir 1800an.) Tetapi, orang di sepanjang sejarah telah memperhatikan masalah psikologi. Seperti filsuf yunani terutama Plato dan Aristoteles. Setelah itu St. Augustine (354-430) dianggap tokoh besar dalam psikologi modern karena perhatiannya pada intropeksi dan keingintahuannya tentang fenomena psikologi. Descrates (1596-1650) mengajukan teori bahawa haiwan adalah mesin yang dapat dipelajari sebagaimana mesin lainnya. Ia juga memperkenalkan konsep kerja refleks. Banyak ahli filsafat terkenal lain dalam abad tujuh belas dan delapan belas—Leibnits, Hobbes, Locke, Kant, dan Hume—memberikan sumbangan dalam bidang psikologi. Pada waktu itu psikologi masih berbentuk wacana belum menjadi ilmu pengetahuan.
3.1 Pemikiran Yunani
Antara ahli bijak pandai yang mempelopori ilmu psikologi ialah Plato. Plato menegaskan bahawa manusia adalah haiwan-haiwan yang rasional dan dapat berfikir dengan lojik. Manusia mampu untuk menyedari kebenaran dirinya, menyedari kewujudan dirinya dan berupaya berinteraksi dengan alam sekitarnya. Manusia dapat membentuk tingkah laku yang sesuai dan menuju ke arah kesempurnaan diri. Berbeza dengan pandangan Plato, Aristotle mempercayai bahawa manusia hanyalah satu organisma biologi, iaitu gabungan sistem-sistem yang berinteraksi sesama sendiri. Perasaan, jiwa, akal dan fikiran manusia merupakan satu daripada sistem yang menjadikan organisma itu manusia.Manusia tetap dipengaruhi oleh pengalaman-pengalamannya serta persekitaran di mana dia berada. Manusia mengisi jiwa dan akalnya melalui interkasinya dengan alam dan persekitarannya.

4. TINGKAHLAKU MANUSIA DAN PROSES MENTALNYA
4.1 Variabel atau Pembolehubah
Pembolehubah adalah suatu ciri yang dapat mengubah dan mempengaruhi ciri yang lain. Contoh: Kebimbangan boleh menyebabkan penyakit darah tinggi. “Kebimbangan” ialah variabel tak bersandar manakala “Penyakit darah tinggi” ialah variabel bersandar
4.2 Hubungan
Kajian saintifik digunakan untuk menguji sama ada wujud hubungan antara dua (2) variabel yang dikaji atau sebaliknya. Hubungan ini mungkin berbentuk positif atau negatif atau tidak wujud hubungan. Hubungan positif – Wujud hubungan positif antara kerja dan upah. Hubungan negatif – Wujud hubungan negatif antara kenaikan harga petrol dengan sikap berjimat.
4.2 Kesimpulan Umum
Kesimpulan terhasil apabila ujikaji yang dijalankan ke atas variabel-variabel secara berulang-ulang dapat menghasilkan jawapan yang sama. Kebaikan kesimpulan ialah seseorang itu dapat menjangkakan apa yang akan terjadi apabila sesuatu fenomena itu berlaku.

4.3 Ramalan
Ramalan boleh berlaku dengan adanya kesimpulan.
4.4 Hipotesis
Ia adalah pernyataan variabel-variabel yang akan dikaji. Ia akan menentukan sama ada wujudnya hubungan ataupun sebailknya
4.6 Teori dan Teorem
Ia melibatkan sebilangan hipotesis yang disahkan benar, dan dapatan kajian
adalah konsisten. Teori akan menjadi Teorem jika ia terbukti benar.
5. CABANG-CABANG ILMU PSIKOLOGI
5.1 PSYKOLOGI KLINIKAL:
Psikologi Klinikal yang tumpuan utama adalah untuk membantu manusia mengatasi atau menangani patologi serta had tanggapan; dan Ia merawat penyakit jiwa, kecelaruan mental dan tingkah laku tidak normal (abnormal). Pakar-pakar psikologi klinikal, lazimnya, mendiagnosis tingkah laku dan personaliti manusia melalui inventori-inventori tertentu, seperti Thermatic Apperception Test (TAT), California Psychology Inventory (CPI), Roschach and Bender Gestalt.

5.2 PSYKOLOGI KAUNSELING
Melibatkan sesi kaunseling kepada individu-individu yang menghadapi masalah jiwa yang tidak begitu berat (masih waras untuk berfikir). Kaunselor akan bersemuka dengan individu-individu yang menjadi klien mereka bagi membantu menyelesaikan masalah harian (misalnya peribadi, sosial, keluarga, pasangan, dll.)
5.3 PSYKOLOGI PENDIDIKAN
Merupakan skop psikologi penting di Malaysia. Termasuklah latihan perguruan, ko-kurikulum, penilaian pelajar dan penyesuaian pelajar di tempat-tempat pengajian
5.4 PSYKOLOGI EKSPERIMEN
Psikologi ujikaji yang menumpukan pada asas dan sains gunaan;
Melihat perkara-perkara seperti pembelajaran, motivasi, dan persepsi. Tujuannya ialah bagi memperbaiki mutu kehidupan manusia.
5.5 PSYKOLOGI SOSIAL
Mengkaji semua aspek tingkah laku manusia dalam bentuk kelompok. Bidang psykologi yang mengkaji tentang hubungan manusia dengan manusia lain.
5.6 PSYKOLOGI INDUSTRI
Psikologi perindustrian dan organisasi yang menggunakan prinsip psikologi
kepada mereka yang bekerja dalam sesuatu pertubuhan.
Mengkaji dan menilai tingkah laku manusia di alam pekerjaan. Pengkaji-pengkaji menganalisis punca-punca produktiviti bermasalah dan keselesaan para pekerja.
5.7 PSYKOLOGI PERKEMBANGAN
Psikolgi memberi perhatian serius kepada perkembangan kanak-kanak. Pakar-pakar akan mengikuti perkembangan fizikal, emosi, mental dan sosial kanak-kanak hingga ke umur tua.

6.8 PSYKOLOGI PERSONALITI
Setiap manusia ada personality. Oleh kerana psikologi memberi perhatian berat kepada jiwa manusia, maka ia perlu meneliti dan memahami personaliti manusia dengan lebih mendalam

5.9 PSYKOLOGI KUANTITATIF
Penyelidikan psikologi kuantitatif yang menggunakan penyelidikan kuantitatif dan bukan andaian statistik untuk menyelidik pengalaman subjektif manusia;
6. KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PSIKOLOGI
a. Eksperimen
b. Pemerhatian
c. Peninjauan
d. Penilaian
e. Kajian Kes Sejarah
f. Korelasi
g. Fenomenologikal

7. RUMUSAN/ NILAI YANG TERDAPAT DALAM BAB INI.
Pada peringkat awal membicarakan tentang definasi psykologi iaitu kemudian membincangkan tentang sejarah perkembangan psykologi iaitu yang bermula dari falsafah yunani. Kemudian menerangkan kan tentang tingkahlaku-tingkalaku manusia yang menyebabkan ada sebab musabab. Lalu tingkahlaku ini menjadi kajian yang mendalam dari masa ke semasa oleh pakar-pakar ilmu psykologi. Hal ini di teliti dan di kelaskan kepada beberapa bidang iaitu bidang psykologi klinikal, psykologi kaunseling, psykologi pendidikan, psykologi eskperimen, psykologi sosial, psykologi perkembangan, psykologi personality dan psykologi kuantitatif.

1 comment:

Unknown said...

saya minat bidang psikologi... tapi bidang saya masa deg in IT...
so bleh ke saya nak sambung it Psikology?

Thanks