PENGENALAN PADA KECELARUAN PERSONALITI Sep 5, '05 1:40 PM
for everyone
Dalam ilmu psikologi ,bidang personaliti memberi penumpuan kepada dua perkara,iaitu kepada diri seoarang secara keseluruhan dan kepada perbezaan antara individfu.Ahli psikologi memang mengakui bahawa terdapat beberapa persamaan indivdu
Namun dalam bidang personaliti ,ahli psikologi memberi lebih tumpuan mengapa terdapat perbezaan antara kalangan individu .Mereka cuba mencari jawapan kepada beberapa soalan seperti yang berikut ,misalnya mengapakah terdapat individu yang lebih berjaya manakala terdapat pula satu golongan individu yang sentiasa gagal dalam kehidupan mereka?
Mengapakah terdapat perbezaan persepsi terhadap sesuatu perkara atau isu dikalangan satu kumpulan pelajar berbeza antara satu sama lain?
Selain mengkaji satu kumpulan individu ,ahli psikologi juga berminat mengkaji seseorang individu secara terperinci dan menyeluruh .mereka cuba memahami perhubungan yang kompleks bagi aspek-aspek yang berlaianan yang ada pada diri seseoarang misalnya perhubungan antara persepsi ,motivasi dan pembelajaran .Dalam kajian personaliti ,tumpuan bukanlah kepada kajian tentang persepsi atau motivasi tersebut berbeza antara individu lain.
Perbezaan tersebut mempunyai hubungan dengan cara seseoarang individu berfungsi secara keseluruhan .Kajian personaliti bukan sahaja memfokus kepada satu proses psikologi tertentu tetapi juga perhubungan antara beberapa proses yang berlainan .dengan memahami bagaimana proses tersebut berkaitan antara satu sama lain .biasanya akan memberi gambaran yang lebih menyeluruh jika satu kehidupan manusia kita berfungsi atau bertindak secara menyeluruh dibandingkan dengan memehami setiap proses secara berasingan.
Definisi Personaliti
Satu definisi awal tentang personaliti telah diberikan oleh Menninger(1930)
Menurut beliau personaliti ialah apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseoarang .Definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan fisiologi seseoarang dan ia juga dianggap sebagai terlalu ringkas .satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh waren& Carmichael (1930).menurut mereka personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaian nya kepada psersekitaran nya .
Selain dua definisi yang telah diberikan diatas ,terdpat beberapa disfinisi lain tentangpersonaliti .misalnya Alport 1937 telah mengumpulkan lenbih kurang lima puluh definisi .yang boleh dikatakan disini ialah definisi yang berlainan ini menggambarkan beberapa perkara .
Pertama ialah kaedah yang digunakan oleh ahli psikologi berlainan antara satu sama lain dalam mengkaji personaliti .Kedua,setiap satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul.
kajian tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang mempengaurhi tingkahlaku .beberapa definisi personaliti boleh merangkumi daripada proses dalaman bagi seseoarang kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu .setiap sau definisi tersebut merujuk kepada jenis tingkahlaku yang berlainan dan penggunanan kaedah penyelidikan yang berlainan .Definisi tersebut mungkin menghuraikan tentang apa-apa yang berlaku dalam diri individu atau bagaimana individu berinteraksi sesama mereka.
Setelah meninjau beberapa defini tentang personaliti alport (1961) telah membahagikan personaliti kepada tiga bahagian :kesan,luaran,struktur dalaman dan pandangan positif .pendekatan kesan luaran dalam definisi personaliti sama maksudnya dengan topeng ,iamerujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada seseoarang sebagaimana ia diamati atau dilihat oleh orang lain ,iaitu seseoarang kepada orang lain.
Pendekatan struktur dalaman pula tidak melihat personaliti sebagai topeng semata-mata tetapi merangkumi strukutr psikologi atau psikofizikal .pendekatan ini melihat personaiti sebagai sisitem ,trait atau ciri.pendekatan ini dikiritik keranan ciri dalaman tidak boleh diperhatikan dan oleh sebab itu tidak boleh dikaji secara saintifik.
Pendekatan ketiga, iaitu pandangan positif merujuk kepada operasi sebenar seperti skor yang diperolohi dalam ujian personaliti .Personaliti sebagai satu konstrak dan sistem yang kompleks .Setiap satu komponen personaliti ditafsir daripada pemerhatian tentang tingkahlaku dan setiap stau daripadanya merupakan satu konstruk.
................
wahai Allah berikan kami kwarasan fikiran dalam meneruskan perjuangan..amin
Wednesday, March 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment